Popular Posts

Wednesday, January 25, 2012

cerpen aku hasilkan tahun lepas...

Aku membuka radio. Aku tercari-cari siaran yang jelas. Akhirnya, aku berhenti pada

satu siaran yang jarangku dengar. Tiba-tiba terdengar pula melodi yang aku cukup

mafhum menggantikan suara penyampai radio. “Lagu ini...”monologku dalam hati.

Kemudian terdengar pula lirik yang mengimbau zaman silamku. Zaman yang aku

pasti tiada siapa yang akan melupakannya. Zaman yang penting untuk menentukan

 masa hadapan. Zaman yang begitu penting sehingga seorang ulama pernah

berkata: “Jika hingga usia 40 tahun engkau masih belum menjadi ‘apa-apa’,

maka engkau tidak akan menjadi ‘apa-apa’ ”.

*Tamatlah zaman persekolahan,

 Ku masih dihantui memori,

 Waktu kecil, waktu yang gemilang,

 Oh Tuhan ku tak mahu pergi.*

Jika ditanya kepada ilmuwan tersohor,Ibnu Sina pasti beliau akan menjawab “Tiada

kehidupan yang lebih singkat daripada menerima ilmu yang luas” .
Sebenarnya yang dimaksudkan oleh Ibnu Sina ialah alam keremajaan dan yang aku

terimbau ialah alam persekolahan. Aku memasukkan kata-kata Ibnu Sina tadi

kerana bagiku kedua-duanya berkait rapat. Yalah,aku bersekolah semasa muda

remaja.

       Bercerita tentang alam persekolahan,memang banyak peristiwa yang tidak

 terkira banyaknya yang semuanya indah kalau dikenang, tidak kira manis atau

pahit. Aku teringat peristiwa pada hari pertama aku bersekolah atau lebih tepat

hari pertama aku bersekolah tanpa ditemani ibu bapa.

        Alkisahnya,pada hari itu ( hari pertama aku bersekolah tanpa ibu bapa )

aku diberikan wang saku berupa Ringgit Malaysia oleh ibuku sebelum ke sekolah.

Pulang dari sekolah,ibuku bertanya apa yang aku makan di sekolah. Aku menjawab,  

 “along tak makan”.

“Kenapa?” tanya ibuku lagi.

“Sebab makanan dekat kantin semuanya 30 sen atau 50 sen. Ibu bagi duit seringgit
saja”, jawabku.

      Lantas ibuku pun mengajarku apa itu ringgit dan apa itu sen dan mana yang

mempunyai nilai yang lebih besar. Memang lucu jika dikenang. Dan tanpa peristiwa

pasti aku tidak dapat membezakan ringgit dan sen.

      Satu lagi peristiwa yang masih segar dalam ingatanku ialah peristiwa tentang

seorang rakanku. Namanya tidak bolehku dedahkan kerana mungkin cerita ini boleh

mendatangkan aib kepadanya.

Imbas kembali...

Seorang guru lelaki sedang asyik menulis pada papan hitam. Pada tanda nama

yang dipakainya tertera namanya,Zahid atau nama yang lebih dekat dengan para

pelajar iaitu Cikgu Zahid. Tiba-tiba, seorang murid lelaki berlari kearahnya dan

 berkata,“cikgu, nak pergi tandas”.

“This is English class so you must speak in English”,kata Cikgu Zahid.

      Murid lelaki itu terkesima seketika.  Murid lelaki itu kemudiannya senyap seperti      
sedang berfikir sesuatu.

      Setelah beberapa ketika berfikir,akhirnya terdengar juga suara murid lelaki itu.

“Errr...Teacher,please get out”,katanya.

     Ironinya, kelas yang tadi hanya terdengar bunyi kipas yang uzur dan bunyi kapur

bergesel  pada papan hitam kini riuh dengan gelak tawa pelajar kelas 3C yang geli

hati mendengar apa yang dikatakan oleh murid lelaki itu sebentar tadi. Lebih teruk,

ada yang ketawa hingga menangis.

“Siapa  suruh ketawa?”,tanya Cikgu Zahid kepada anak muridnya. Kelas itu

kemudiannya sunyi semula. Cikgu Zahid kemudiannya mengajar murid lelaki itu apa

apa yang perlu dikatakannya jika mahu ke tandas di dalam bahasa Inggeris...

     Alam persekolahan sering dikaitkan dengan kisah lucu. Namun yang lebih dekat

 dengan alam persekolahan ialah kisah perjuangan. Kisah tentang pengorbanan

untuk mengubah kehidupan. Aku ingin kongsikan sebuah kisah tentang seorang

budak yang cukup aku kenal.
     Aku mulakan dengan biodatanya dahulu.Namanya Syukri bin Ahmad.Dia menjadi

anak  yatim piatu seawal umur tiga tahun. Ibu bapanya mati kerana kemalangan di

jalan raya. Setelah ibu bapanya meninggal,neneknyalah yang menjaganya.

      Walaupun kekurangan harta benda,tetapi dia kaya dengan kasih-sayang. Nenek-

nya menganggapnya seperti anak sendiri. Syukri dan neneknya hidup dalam serba

kekurangan. Nasi kosong sudah menjadi kebiasaanya. Jika bernasib baik, dia dan

neneknya akan makan nasi kosong bersama ikan masin. Kehidupan mereka boleh

diibaratkan seperti ‘kais pagi makan pagi,kais petang makan petang’.

      Di sekolah pula,dia bukanlah murid yang pintar. Malahan ketika dia berumur

sembilan  tahun,dia masih tidak tahu membaca dan menulis. Ketika umurnya

mencapai sebelas tahun,barulah dia tahu membaca dan hanya tahu menulis setelah

berumur tiga belas tahun. Namun begitu, dia tetap disayangi gurunya dek keluhuran

sikapnya. Dia juga seorang yang tabah dan berperangai halim. Dia juga seorang

yang pendiam.
 Di sekolah,dia acapkali berjumpa dengan guru kaunseling untuk mendapatkan

khidmat nasihat. Guru kaunseling juga tidak muak mendengar rintihan dan luahan

hatinya di samping memberikan kata-kata nasihat. Setelah waktu persekolahan

tamat,ketika budak yang sebayanya sedang bermain , dia pula menolong neneknya

menjual kuih-muih.

      Baru-baru ini,aku terbaca artikel dalam akhbar tempatan tentang pemenang

anugerah usahawan terbaik Asia. Ketika aku lihat gambar pemenang itu,aku rasa

seperti aku pernah mengenalinya. Aku mencari pula namanya dalam artikel itu.

      Ya,benarlah sangkaaan aku. Orang itu ialah Syukri bin Ahmad, yang satu

 ketika dahulu tidak pandai membaca dan menulis. Sampai sekarang aku masih

sangsi bagaimana dia boleh berjaya. Pada mulanya aku berprasangka tetapi

tetapi setelah aku fikir,di dunia tiada yang mustahil. Jika seseorang itu berusaha

pasti dia berjaya. Benarlah kata pepatah,berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke

tepian;bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian.
      Apa-apapun,alam persekolahan meyimpan seribu-satu kenangan. Sampai di sini

sahajalah monologku.Aku pun sudah sampai ke destinasiku. Aku akhiri monolog ini

pantun yang dicipta sendiri olehku.

Hidup ini hanya persinggahan,

Kelak kita akan meninggalkannya;

Pelbagai kenangan di alam persekolahan,

Moga kita takkan lupakannya.






















      



Saturday, June 4, 2011

nasi

nasi,kalau makan kita akan kenyang,dan beberapa jam kemudian lapar balik.
nak tau nasi yang kenyangnya berkekalanj?
tentulah nasihat.oleh itu aku nak bagi nasihat kat kau orang.
erm,lain kalilah.